Sabah : Travel Throwback part 1

Okay.

I'm seriously having a major mental breakdown. Do you know why? Well, give yourself a big clap if your answer is correct! Okay, meracau.

Tak dak la major sangat but aaaaaaaaaaa PLEASE nak travel! I wanna see new places, people, culture, traffics, malls and eat different type of food! Since I'm done with SPM ni so why not pi jalan-jalan and what not kan? 

Faham tak perasan stres bila tengok orang upload gambaq trip/travel/vacation depa? Perkataan di-slashkan kerana mempunyai definisi yang berbeza bagi yours truly. Harap maklum.

Tetapi, siapakah gerangan yang telah menjadi cofactor kepada permasalahan ini? Okay, mari kita lihat siapakah gerangannya. Tak payah nak lihat sangatla kan sebab aku bukan nak upload pon gambaq depa sebabnya aku nak list ja depa-depa yang telah melukakan hatiku ini. Firstly, AGENTS. Hari ni habis SPM, esok tu naik ferry pi Langkawi terus. Dari mula depa plan aku cakap tak mau sebab pi Langkawi (boring dah wei pi) kalau Perhentian ka Redang ka aku ikutla. Tapi one day ni dinner kat dining hall pastu gang-gang ni ada meeting kat table aku makan pastu macam syok ja dengaq depa ni final meeting so aku decide nak join la. MALANGNYA, abah tak bagi. OKAY FINE ABAH FINE!! Secondly, Aina! 2 hari selepas SPM habis, dah terbang dah ke Medan. Ni bukan Medan Selera atau Medan Perang tau ni Medan, Indonesia. Okayla maaf sebab hambar. Teringat pulak aku kat tempat ni but never mind nanti kita TRAVEL THROWBACK sahajooooo. Selang beberapa hari, Amanina pulak fly! Tapi, dia fly balik Malaysia la. February next year baru pulang ke OZ. Kalau boleh nak ikut tapi abah cakap tak boleh. Dah 3 kali iolls tanya tau makanya 3 kali la TAK BOLEH tu. SADIS. Tapi actually aku tengah pujuk abah lagi ni sebenarnya bagi aku ikut Amanina balik sana, stay 2 minggu cukupla kan untuk lepasan SPM. Bila lagi nak travel kannnnn so haruslah waktu-waktu macam ni.

Sampai ja Amanina kat Tanah Melayu ni, Aunty Suria, Kakak Fatimah dengan Hussien (merangkap abang kandung jadian aku sebab HIPSTER BUSUK cakap kami macam abang-adik okay tak dak point pon sebenaqnya) fly pulak. Tau fly mana? ITALY woi. BERTAMBAH MENTAL BREAKDOWN. This coming 9th ni ada pulak sorang kawan aku ni nak off to somewhere snowy. Tau dak aku fly bila? NEXT YEAR bulan February woiiiiiiiiiii lama pulak nak kena tunggu.

Panjang gila beletiaq pasai gerangan-gerangan ni. Disebabkan aku kecewa dek tarikh penerbangan yang lambat gila so I have decided nak buat TRAVEL THROWBACK which took place in Sabah tapi basi dahla sebab it was back in 2008. That's like 6 years behind okay lama la jugak. Baru standard 5 time tu but now? Dah form 5 dah pon. SPM pon dah. How time flies.......... 

5.8.2008 embarked my journey to Kota Kinabalu. Tapi like always kena transit in KL dulu baru fly pi KK. Alor Setar ni entah bila nak ada direct flights........... Walaupon Kedah ni LEM (read: LAME), tapi tetap foreigner belunggok. Cakapkan sahaja dari mana semuanya ada! Motif actually nak cerita pi Sabah da kenapa cakap pasal Kedah. Transit dalam 6 jam waaaaa aku ingat. From KUL - BKI adala 2 jam setengah. Lepas sampai, jumpa dad's friend and then he dropped us kat Imperial International Hotel. Lepastu bagi roti Gardenia. Jangan tak tau yang Sabah dengan Sarawak tak dak Gardenia tau. Selalunya kalau nak mai both states ni memang my dad brought along Gardenia sebab memang tau punya depa ni kalau budak-budak Semenanjung mai mesti nak Gardenia. Back to hotel well best hotel ni sebab cozy and just nice pastu dekat pulak dengan Pasar Filipina. Breakfast sedap nak mampoi (ini mungkin tokok tambah) sebab restaurant kat atas and view Tanjung Aru sangatla lawa pastu sunrise lagi!

Tanjung Aru from our room and gambaq adalah tidak lawa 

Lepas mandi, solat, rehat, kami keluaq pi makan. Tapi, aku tak ingat pulak nama restoran tu apa Kari tahello what do you expect? 6 years ago kot. Lepastu pusing mall cari jeans satu untuk saya kerana seluar saya berwarna putih sewaktu ketibaan then off we balik hotel sebab esok tu weolls nak ke Banjaran Crocker!  

Along the way tu jumpa Jambatan Tamparuli.


Dari KK nakpi Kundasang ni jauh jugakla sampai pon dah petang yalah dengan singgah lunch pastu singgaGiant beli roti and what not. On the way naik tu punyala banyak church. Sampai tu masuk Kundasang War Memorial Park. Malam pusing sampai Ranau and the next day tu pi Mt. Kinabalu Botanical Garden tapi sadly tak hike pon Gunung Kinabalu padahai aku semangat kot nak naik tapi tula masa tu kan kecik lagi mana nak tau kena ready mentally and physically bukan mai-mai terus boleh hike. Kenapa la bangang sangat aku dulu. Anyways, sapa yang succeed climb the mount dapat cert!




After pusing dalam Botanical Garden, kami pon blah la balik ke KK pastu stop by kat Pekan Nabalu and jumpak baby ni. Bapak ahhhh baru 6 bulan dah this big.

Entah macam mana jumpa One Borneo so we went inside la. That time baru ja opening, banyak kedai tak in operation lagi so kami among the first la yang jejak One Borneo ni ha *smirks*. Sampai KK we went to Pasar Filipina for dinner pastu round sat kat Jesselton Point waliao rasa macam kat London ada public phone kotak merah tu luls pastu blah balik tidoq kat hotel. The next morning pi lagi Pasar Filipina for souvenir hunting. Lepastu it was time to bid our goodbye to kawan abah so kami pi makan kat Prince Philip Park. Tak dak apa pon park ni.


Sekolah paling cool! Kau mampu nak ada nama negara?


Our last stop before flying back to KL. 

Overall, it was a vacation la bukan travel sebab I did not go through obstacles ka apa I mean macam tak bersungguh-sungguh pon everything in KK. Banyak kot tempat tak cover tapi buat modal untuk dah jejak Sabah bolehla. See you again KK! 


p/s: Banyak lagi tempat aku tak cover kat Malaysia ni woi even Aloq Staq pon! 

Comments

Popular posts from this blog

My "Reflection" of Add Maths' Project

Weird Band Blog Questions

Post SPM thoughts